Sunday, May 2, 2010

bit & Byte

Bit & Byte (Bahagian 1)

Sama ada sedar atau tidak , kita biasanya akan terjumpa dengan perkataan bit & byte apabila menggunakan komputer dalam urusan sehari-hari. Sebagai contoh size file MP3 & video, size hard disk & pendrive, speed modem streamyx & Celcom broadband (sekadar beberapa contoh) semuanya berkaitan dengan bit dan byte.

Walaupun biasa , kebanyakan daripada kita mungkin kurang memahami istilah sebenar bit & byte dan kepentingan mengetahui istilah tersebut. Dalam artikal bahagian 1 ini, fokus akan diberikan kepada perbezaan antara bit & byte dan penggunaanya dalam kerja harian .

Apa itu Bit ?

BIT adalah nombor perduaan(Base 2 System) yang terdiri daripada nombor 0 dan 1. Bit biasanya di tulis dengan huruf kecil iaitu “b”. Kalau nak cerita pasal BIT nie memang panjang cerita. Cukuplah setakat kita tahu basic yang kat atas tu jer.


Mu tahu dok ?

Asal usul perkataan bit?

BIT berasal daripada perkataan “Binary digIT


Apa itu Byte ?


Byte adalah gabungan 8 unit bagi BIT. Sebagai contoh , 00000000 adalah bersamaan dengan 1 byte. Gabungan 8 unit nombor 0 atau 1 atau kedua-dua nombor tersebut akan membentuk 1 byte. Byte biasanya di tulis dengan huruf besar iaitu “B

Contoh yang mudah adalah seperti di bawah :


1 = 1 bit

10 = 2 bit

101 = 3 bit

1100 = 4 bit

11111 = 5 bit

100011 = 6 bit

1111000 = 7 bit

10101010 = 8 bit = 1 byte


Mu tahu dok ?

Asal usul perkataan BYTE ?


Love bite ? Bai' bithaman ajil? No no no..tu topik lain....Dalam bidang komputer ejaannya adalah “BYTE” dan bukannya “BITE” atau “BAI”... Dalam WikiPedia , asal perkataan byte didefinasikan seperti di bawah :


The term byte stems from bite, as in the smallest amount of data a computer could bite at once.”

No comments: